Wednesday, July 28, 2010

Arabian Food... ( Nasi Mandi ala ala Nasi Beriani )

Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera.

Sorila lama tak masukkan post yang baru.. maklumla mana sibuk dengan kerja.. sibuk dengan belajar... dan macam-macam lagi...

Ini cerita terjadi pada 26 Julai 2010... kita ni minat juga dengan makanan arabian ni.. so bila dengar dari kawan kat Alor Setar ada kedai makanan ala-ala arab.. terus tanya kat kawan.. Kat mana kedai tu? kawan kita bagitau... ala kat Shahab Perdana.. tak jauh dengan kedai HPA... So lepas habis kerja.. pergi la cari kedai tu.. pusing punya pusing tak jumpa juga.. lepas tu call kat kawan nak tanya kat mana.. kawan pula tak angkat telefon.. so frust la juga.. dalam perjalanan balik kawan kita call balik.. Ha jumpa ka kedai tu? katanya, tak jumpa la yang saya call u tu.. balas saya. Tak apalah besok kita cari lain.

Sampai kat rumah... malam tu sembang ngan isteri.. kebetulan esoknya isteri masih bercuti.. Haa terus ajak isteri.. JOM la ikut abg pi Alor Setaq esok, kalau jumpa kedai tu boleh la makan sama-sama... kata saya. Isteri pun setuju sebab nak try makan makan arab.

Dipendekkan cerita pada tengahari keesokkan harinya pergila kami berdua mencari kedai makanan arab tu... pusing satu round.. tup-tup jumpa.. la kat sini saja.. kemarin pusing juga kat sini tapi tak nampak. Alhamdulillah.. ni namanya rezeki nak kena makan bersama isteri...Sedap la juga, tapi tak sama la jika nak dibandingkan dengan ("NASI (MANDI) ARAB" nama glamour nasi ni) kat Syria.. cuma boleh la nak hilangkan kempunan.


Ni gambar sample aja...
Yang kat kedai tu ta la macam ni...
Hari tu tak teringat nak tangkap gambar...
sebab dah tak sabar nak makan...

Peluang Tambah Pendapatan....sila klik kat sini....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...